Warga asing ditahan, jalankan aktiviti tidak bermoral

Foto hiasan

KLUANG, 17 September – Seramai 25 warga asing dan dua warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menerusi operasi penguatkuasaan di sini 15 September lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi mensasarkan premis urut dan kediaman dipercayai disalahgunakan untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral.
  • Aktiviti diiklankan dan diurus melalui aplikasi media sosial; bayaran tunai antara RM70 hingga RM180 ditawarkan.
  • Individu ditahan dibawa ke Depot Imigresen untuk siasatan mengikut Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen.

Operasi dijalankan itu menyasarkan beberapa premis urut serta kediaman yang dipercayai disalahgunakan bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, kegiatan itu dipercayai diiklankan dan diuruskan melalui aplikasi media sosial dengan bayaran secara tunai antara RM70 hingga RM180 bagi menawarkan perkhidmatan tidak bermoral

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada lapan warga Vietnam, tujuh Myanmar , tiga Thailand, enam Indonesia, dan seorang Nepal.

“Dua warga tempatan turut ditahan kerana dipercayai bertindak sebagai penjaga premis. Sementara itu, tiga orang saksi telah diberikan notis borang 29 bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

Kesemua individu berkenaan dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.