Tiga beranak maut dalam kebakaran di Kluang

Foto JBPM

KLUANG, 10 September – Tiga beranak maut apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran di Taman Titiwangsa di sini, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa: Noraini Ibrahim (49), Khairul Nurhaziqq (18) dan Khairul Nurhadiff Khairulnizam (11).
  • Kebakaran berlaku kira-kira pukul 10:45 malam melibatkan rumah teres dua tingkat.
  • Dua jentera, satu unit EMRS dan 14 anggota ditugaskan bagi mengawal dan memadam kebakaran.
  • Operasi pemadaman mengambil masa kira-kira 32 minit; mangsa disahkan meninggal oleh Kementerian Kesihatan.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Noraini Ibrahim, 49,dan dua anak lelakinya, Khairul Nurhaziqq, 18, serta Khairul Nurhadiff Khairulnizam, 11 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Mohd Fauzi Md Nor dalam laporannya memaklumkan, kebakaran berlaku kira-kira pukul 10:45 malam melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat.

“Dua jentera serta satu unit EMRS bersama 14 anggota ditugaskan bagi mengawal dan memadam kebakaran,” katanya.

Operasi pemadaman mengambil masa kira-kira 32 minit sebelum ketiga-tiga mangsa ditemukan.

Semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.