
IPOH, 12 Ogos – Sepasang suami isteri berdepan hukuman berat selepas didakwa mengedar dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), seberat 480.60 gram di Ipoh.
- Pasangan Teoh Wai Loon, 44, dan isteri Lim Suk Pei, 38, didakwa bersama atas kesalahan edar dadah pada 4 Ogos sekitar 10.30 malam.
- Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha dan mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin.
- Didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34; jika sabit, hukuman mati atau penjara seumur hidup, sebatan minima 12 kali.
Teoh Wai Loon, 44 tahun dan isterinya, Lim Suk Pei, 38 tahun didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 10.30 malam, 4 Ogos lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Bercham Bistari, Ipoh.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha dan kedua-duanya mengangguk faham.
Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulqarnain Wan Asmira.
Mahkamah menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan, jika tidak dihukum mati, sebatan tidak kurang 12 kali.