Selisih faham akibat cemburu, isteri nyaris sebabkan kematian suami

Foto RTM

SAMARAHAN, 23 Jun – Cemburu dipercayai menjadi punca kejadian seorang wanita menikam suaminya di Taman Unigardens di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa, 35, terlibat pergaduhan dengan suspek sebelum serangan.
  • Mangsa terlebih dahulu menyerang suspek menggunakan topi keledar, menyebabkan suspek mengacukan pisau ke perut mangsa.
  • Mangsa mengalami cedera parah, dikejarkan ke Pusat Jantung Sarawak dan menjalani pembedahan; kini dilaporkan stabil.
  • Suspek, 31, ditahan di pusat perubatan selepas laporan pegawai perubatan; kes disiasat di bawah Seksyen 326.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Barry William berkata mangsa, 35, telah terlibat dalam pergaduhan dengan suspek sebelum berlaku serangan.

Siasatan awal mendapati suspek terlebih dahulu diserang menggunakan topi keledar hingga mengakibatkan suspek bertindak balas dengan mengacukan sebilah pisau ke arah perut mangsa.

“Suspek mendakwa mangsa menyerangnya kerana cemburu dan menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” kata DSP Barry.

Mangsa yang mengalami cedera parah dikejarkan ke Pusat Jantung Sarawak untuk rawatan lanjut.

Manakala suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan polis di pusat jantung berkenaan selepas mendapat laporan daripada pegawai perubatan.

DSP Barry menambah, mangsa kini stabil selepas menjalani pembedahan awal pagi tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan senjata.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.