
SIK, 26 Julai – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Merbau Kudung menghala ke Felda Teloi Timur, semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Kereta dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu merempuh motosikal dari arah bertentangan.
- Penunggang tercampak ke atas cermin hadapan kereta sebelum terjatuh di atas permukaan jalan.
- Mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sik; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Sik, Superitendan Shamzury Saman dalam kenyataan memaklumkan, siasatan awal mendapati kereta terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh sebelum merempuh sebuah motosikal dari arah bertentangan.
Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak ke atas cermin hadapan kereta sebelum terjatuh di atas permukaan jalan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sik untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.