Pegawai kanan perubatan direman lima hari, disyaki salah guna kedudukan

Foto RTM

AYER KEROH, 8 September – Seorang pegawai kanan perubatan di sebuah hospital kerajaan di Melaka direman lima hari kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dalam urusan pembekalan implan lutut bernilai kira-kira RM1.5 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman mengeluarkan perintah reman selepas permohonan SPRM Melaka dibenarkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
  • Suspek ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semasa hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.
  • Siasatan awal mendapati perbuatan berlaku antara 2024 hingga 2026 dan suspek dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal ahli keluarganya.

Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, pagi tadi.

Suspek ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

Siasatan awal mendapati suspek yang juga penjawat awam itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2024 hingga 2026.

Suspek turut dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal berkenaan yang dipercayai dimiliki ahli keluarganya.

Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.