Op Tapis Khas: Lelaki positif dadah ditahan polis

Gambar hiasan/RTM

SARATOK, 7 Januari – Seorang lelaki tempatan ditahan dalam Op Tapis Khas di Kampung Hulu, di sini, petang semalam (Selasa).

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang lelaki tempatan ditahan dalam Op Tapis Khas di Kampung Hulu petang semalam.
  • Ujian saringan air kencing positif Amphetamine dan Methamphetamine.
  • Suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan narkotik dan jenayah.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata suspek berusia 45 tahun ditahan kira-kira pukul 3.30 petang.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati suspek disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah sebelum dibawa ke Balai Polis Saratok untuk menjalani ujian saringan air kencing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau melibatkan kesalahan narkotik dan jenayah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.