Maut tertimbus tanah runtuh

Lelaki warga emas maut tertimbus tanah runtuh.

SANDAKAN, 11 Mac – Seorang lelaki warga emas maut tertimbus tanah runtuh dalam kejadian di sebuah hotel di sini, pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenalpasti sebagai Agustine Frederick J Lingam, 76.
  • Mangsa cuba menghidupkan generator di bahagian belakang bangunan selepas bekalan elektrik terputus.
  • Jabatan Bomba memaklumkan hujan lebat menyebabkan bekalan elektrik terputus sebelum kejadian.
  • Mangsa dikeluarkan pada pukul 7.14 pagi, disahkan meninggal dunia; mayat diserahkan kepada polis; operasi tamat 8.19 pagi.

Mangsa, Agustine Frederick J Lingam, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Ketika kejadian, mangsa yang juga kakitangan hotel cuba menghidupkan generator yang terletak di bahagian belakang bangunan hotel berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan memaklumkan, kejadian berlaku semasa hujan lebat menyebabkan bekalan elektrik hotel terputus.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 7.14 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pukul 8:19 pagi selepas memastikan kawasan selamat.