
KUANTAN, 17 Februari- Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Empat lelaki dan seorang wanita sekeluarga ditemui maut di rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan.
- Kes disyaki pembunuhan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.00 pagi.
- Pasukan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi; mayat masih belum dikeluarkan pada 10.10 pagi.
- Pihak polis memasang garisan larangan dan Ketua Polis Pahang dijangka mengadakan sidang media.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku pada 7.00 pagi tadi.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan setakat 10.10 pagi, mayat kesemua mangsa belum dibawa keluar dari rumah terbabit.
Orang ramai termasuk ahli keluarga juga dilihat berkumpul di lokasi kejadian dengan pihak polis memasang garisan dilarang melintas di lokasi kejadian.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman yang turut berada di lokasi dijangka mengadakan sidang media untuk berkongsi maklumat lanjut. -BERNAMA