
PONTIAN, 23 Ogos- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung selepas rumah didiaminya terbakar dalam kejadian di Kampung Parit Kerimun Darat, Parit Kerimun, di sini awal pagi hari ini.
- Mangsa, Azlisham Sulaiman, 51, disahkan meninggal dunia dalam kebakaran kira-kira pukul 12.57 tengah malam.
- Pasukan bomba 17 anggota dari BBP Pontian dan BBP Pontian Baru tiba di lokasi pada pukul 1.25 pagi.
- Rumah separuh kekal mengalami kemusnahan dianggarkan 75 peratus; punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Mangsa, Azlisham Sulaiman, 51, disahkan meninggal dunia dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 12.57 tengah malam.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Penolong Penguasa Bomba Mohamad Aznil Ikhwan Ibrahim pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota 17 dari BBP Pontian dan BBP Pontian Baru dikejarkan ke lokasi.
Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 1.25 pagi dan mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal sedang terbakar.
Kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan kira-kira 75 peratus dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.