
IPOH, 23 September – Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh, Jalan Laksamana, pagi tadi.
- Polis menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira 9.25 pagi.
- Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian; mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
- Polis menasihatkan orang ramai jangan membuat spekulasi; jika ada maklumat hubungi Bilik Gerakan IPD Ipoh 05-245 1500.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 9.25 pagi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah dan mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, kira-kira 10.30 pagi untuk bedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan.
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan serta menjejaskan siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Ipoh di talian 05-245 1500 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.