Kes tembak Kota Tinggi: Warga emas direman tujuh hari

Suspek, 71, mendapat perintah reman tujuh hari daripada Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini

KOTA TINGGI, 20 April- Seorang lelaki warga emas disyaki terlibat dalam insiden tembakan yang mengorbankan tiga individu di Taman Kota Jaya di sini pada Ahad direman tujuh hari bermula hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini.
  • Reman bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kes pembunuhan.
  • Tiga mangsa, dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing, maut ditembak di sebuah restoran; dipercayai menggunakan senapang patah.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini.

Tempoh reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek lelaki tempatan berusia 71 tahun dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari Ahad, dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing maut akibat ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya di sini.

Kesemua mangsa berusia 37 hingga 63 tahun dipercayai ditembak menggunakan senapang patah.