
JOHOR BAHRU, 14 Mei– Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah flat di Bandar Uda Utama, Selasa lalu.
- Mangsa mengalami pendarahan dalaman serta kecederaan pada kepala dan leher.
- Siasatan awal: mangsa dipercayai memanjat tingkap ruang tamu menggunakan sofa; tingkap terbuka sedikit dan tidak berkunci.
- Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah dan kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Radin Ramlan Radin Taha berkata, mangsa mengalami pendarahan dalaman serta kecederaan pada kepala dan leher.
Menurut beliau, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah.
“Siasatan awal mendapati, kanak-kanak itu dipercayai memanjat tingkap ruang tamu dengan menggunakan sofa.
Tingkap unit berkenaan berada dalam keadaan terbuka sedikit dan tidak berkunci,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memaklumkan, mangsa kemudian ditemukan terbaring di kawasan tempat letak kenderaan.
Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.