
TEMERLOH, 10 September – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya terbabas sebelum dia tercampak lalu dilanggar kereta dari arah bertentangan di Kilometer 2, Jalan Temerloh-Mentakab dekat sini, semalam.
- Motosikal hilang kawalan dan melanggar penghadang batu, menyebabkan kanak-kanak tercampak ke laluan bertentangan.
- Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi; bapa mengalami kecederaan ringan dan dimasukkan ke Zon Merah selepas serangan jantung.
- Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian kira-kira 2.08 petang itu, mangsa, Nur Yuuna Aqilah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang bapa mangsa, Syafriyandi Ismail, 55 tahun, dari arah Bandar Temerloh menuju Bandar Mentakab dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.
Motosikal itu kemudian melanggar penghadang batu di tengah jalan menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan.
Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 21 tahun dari arah bertentangan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala bapanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Zon Merah Hospital Temerloh untuk rawatan selepas mengalami serangan jantung.
Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.