
ISKANDAR PUTERI, 29 Jun – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merekodkan rampasan terbesar tahun ini di negeri itu melibatkan 12 juta batang rokok putih termasuk duti dan cukai bernilai RM13.46 juta di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri, pada 8 Jun lalu.
- Rokok diikrarkan sebagai komponen sistem tenaga solar.
- Kontena berasal dari Guangzhou, China dan dalam perjalanan ke Lisbon, Portugal.
- Pemeriksaan bersama wakil syarikat penghantaran menemui rokok pelbagai jenama disyaki tidak berkastam.
- Pengimport perlu lesen import dan setem cukai diluluskan Ketua Pengarah; kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Pengarah Kastam Negeri, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata rokok putih tersebut dipercayai tidak berkastam dan telah diikrarkan sebagai komponen sistem tenaga solar.
Semakan mendapati kontena berasal dari Guangzhou, China dan berada di Pelabuhan Tanjung Pelepas sebelum menuju ke Lisbon, Portugal.
“Pemeriksaan tersebut dijalankan bersama wakil syarikat penghantaran dan hasil pemeriksaan menjumpai sejumlah rokok putih pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam. Pemeriksaan dijalankan hasil maklumat risikan daripada Cawangan Risikan Zon Selatan,” katanya.
Beliau berkata pengimportan rokok memerlukan lesen import serta setem cukai diluluskan Ketua Pengarah Kastam.
Kes disiasat mengikut 133 (1) (A) Akta Kastam 1967.