fb fb fb fb fb

Warga Indonesia ditahan, miliki sejumlah dadah

Sindiket berkenaan menggunakan bungkusan teh cina untuk mengaburi mata pihak berkuasa

KOTA TINGGI, 23 Januari- Seorang lelaki warga Indonesia ditahan bersama sejumlah dadah, hasil operasi di sekitar kawasan Sungai Rengit di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman berkata, modus operandi sindiket berkenaan menggunakan bungkusan teh cina untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Turut dirampas, 2,267 gram serbuk atau ketulan methamphetamine, 776 gram serbuk ketamine, 284 gram serbuk ekstasi, wang tunai RM100 dan lain-lain dengan nilai keseluruhan rampasan serta sitaan berjumlah RM158,872.

Dadah yang dirampas dipercayai boleh digunakan kira-kira 16,161 penagih.

Suspek direman selama tujuh hari sehingga 28 Januari, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI