fb fb fb fb fb

Polis Marin rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM560,000

Op Taring Landai Khas rampas mercun dan bunga api dijual tanpa kebenaran

JOHOR BAHRU, 23 Januari- Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Johor berjaya merampas sejumlah mercun dan bungai api di Muar dan Mersing, Selasa lalu, bernilai lebih RM560,000.
 
Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar dalam satu kenyataan memaklumkan, rampasan dan tangkapan dibuat menerusi Op Taring Landai Khas menerusi hasil maklumat berkaitan operasi penjualan mercun dan bunga api tanpa kebenaran.

"Operasi dilakukan di sebuah premis di Jalan Bakri Muar, berjaya merampas 319 kota mercun dan bungai api dianggar bernilai RM503,000.
 
"Seorang lelaki berusia 40 tahun turut ditangkap selepas gagal mengemukakan lesen pemilikan bahan letupan," menurut kenyataan itu.
 
Manakala pada hari sama di Mersing, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan bersama mercun dan bunga api yang disorok di bahagian tempat duduk belakang serta but kereta.
 
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM63,000.
 
Suspek juga cuba memberi suapan bernilai RM2,500 kepada pasukan operasi, bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.
 
Kedua-dua kes disiasat mengikut seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, manakala tangkapan di Mersing akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI