SENDAYAN, 20 November- Seorang lelaki maut dalam satu kejadian tembakan di Nusari Biz di sini, malam tadi.
Mangsa, 33-tahun dilaporkan diserang sekitar pukul 11.23 malam ketika pulang dari makan malam bersama keluarga.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa juga dipercayai ditetak oleh sekumpulan lelaki bertopeng selepas kenderaan yang dinaiki mangsa dihalang.
Mangsa cuba melarikan diri namun ditembak dan ditetak di lokasi kejadian. Mangsa dilaporkan maut ditempat kejadian.
Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Polis giat memburu semua suspek dan mengesan kenderaan yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.
Tambah Datuk Alzafny, motif kejadian dan identiti semua suspek masih dalam siasatan.
Orang awam yang ada maklumat diminta menghubungi talian 06-603 2222.