fb fb fb fb fb

Warga emas didakwa rogol anak teman wanita, ibu bersubahat

Tertuduh, berusia 61 tahun dipercayai merogol anak perempuan teman wanitanya yang semasa kejadian berumur 12 tahun di sebuah rumah di Taman Seraya, Ampang / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini, atas pertuduhan merogol anak perempuan teman wanitanya, tahun lalu.

Tertuduh dipercayai merogol kanak-kanak perempuan yang semasa kejadian berumur 12 tahun di sebuah rumah di Taman Seraya, Ampang.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) kanun sama yang memperntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, ibu kandung mangsa pula yang juga teman wanita lelaki itu mengaku tidak bersalah, atas pertuduhan bersubahat dalam kejadian sama.

Wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 376 (1) kanun sama turut memperuntukkan hukuman serupa.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana dikhuatiri akan mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah, mangsa kini berada dalam jagaan ibu saudaranya.

Hakim Norshila Kamarudin kemudian menetapkan 7 Ogos depan untuk sebutan kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Azam Ismail berkata, keinginan untuk memenuhi kehendak teman lelaki dipercayai menjadi punca wanita terbabit sanggup membiarkan anak kandungnya dirogol.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE