ALOR SETAR, 4 Julai- Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 38 tan tanah merah bernilai RM250,000 yang diambil tanpa kebenaran Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dalam satu operasi di Sungai Petani, semalam.
Komander Briged Utara PGA, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP) Shahrum Hashim berkata, pemeriksaan dijalankan oleh Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Utara PGA itu turut menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam aktiviti berkenaan.
“Kedua-dua suspek berusia 43 dan 45 tahun ditahan, manakala dua buah lori yang digunakan turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, jika sabit kesalahan, keseluruhan deposit yang telah diletakkan oleh pengusaha kuari boleh dirampas dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah sebagai hasil negeri.
Kes disiasat mengikut Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Bilangan 1/2023.