fb fb fb fb fb

Warga asing ditahan, curi tiga motosikal di Saratok

Foto IPD Saratok

SARATOK, 28 September - Polis berjaya menyelesaikan tiga kes kecurian motosikal di kawasan sebuah kilang sawit di Nanga Melupa dengan tertangkapnya seorang lelaki warga Indonesia.

Turut dirampas tiga buah motosikal yang dicuri.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie dalam kenyataan berkata penahanan suspek sekali gus berjaya menyelesaikan tiga kes curi motosikal di daerah Saratok.

Beliau berkata hasil soal siasat, suspek mengaku telah mencuri tiga buah motosikal berkenaan di kawasan parkir motosikal awam kilang sawit tersebut pada 14 dan 25 September lalu.

"Pada 13.09.2025 lebih kurang pukul 1830 hrs bertempat di kawasan parkir motorsikal awam di luar hadapan Kilang Sawit SALCRA Nanga Melupa, 95400 Saratok Sarawak pengadu mendapati motorsikal miliknya telah tiada dipercayai dicuri orang yang tidak dikenali.

"Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek berusia 24 tahun itu di kuarters pekerja ladang sawit, Khamis lepas.

Suspek direman lima hari sehingga Isnin.

ROSLINA BINTI DIN