fb fb fb fb fb

Op samseng jalanan: Sembilan motosikal disita, 50 saman dikeluarkan di Kuching

Polis menyita sembilan motosikal dan mengeluarkan sebanyak 50 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Samseng Jalanan di sekitar bandar raya Kuching, malam Sabtu

KUCHING, 28 September – Polis menyita sembilan motosikal dan mengeluarkan sebanyak 50 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Samseng Jalanan di sekitar bandar raya Kuching, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata antara kesalahan yang dikesan termasuk mengubah suai motosikal daripada struktur asal serta tidak memiliki lesen memandu.

Operasi selama empat jam yang bermula pukul 10 malam itu turut memeriksa seramai 80 individu dan 75 motosikal.

“Bagi motosikal yang disita, kes disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan, pihak polis akan terus menjalankan operasi seumpama itu bagi membendung gejala samseng jalanan di Kuching.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN