fb fb fb fb fb

AKPS gagalkan cubaan seludup hidupan liar ke Mumbai

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 29 September -Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) mematahkan cubaan menyeludup tiga ekor hidupan liar bernilai RM20,000 ke Mumbai, dalam operasi penguatkuasaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

Menerusi satu kenyataan AKPS memaklumkan, operasi hasil kerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan polis bantuan KLIA berjaya mengesan seorang lelaki tempatan cuba membawa keluar hidupan liar menggunakan penerbangan Malaysia Airlines MH0194.

"Hasil pemeriksaan ke atas bagasi suspek berusia 46 tahun itu menemukan seekor disyaki ungka dan dua ekor disyaki cuscus yang disembunyikan. Nilai sitaan dianggarkan mencecah RM20,000," menurut kenyataan itu.

Suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Aeropolis untuk siasatan lanjut bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] serta Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 [Akta 686].

Selain itu, AKPS memaklumkan semua barang kes telah diserahkan ke pejabat PERHILITAN KLIA untuk tindakan lanjut.

TETITIA YUSOFF