fb fb fb fb fb

Wanita Myanmar tikam ibu sendiri hingga maut

Lokasi mangsa menikam ibunya hingga maut

SHAH ALAM, 21 Ogos- Seorang perempuan Myanmar sanggup menikam ibunya sehingga maut berikutan tidak berpuas hati kerana sering dimarahi ekoran masalah kewangan.

Mangsa berusia 40 tahun dipercayai sedang memasak di dapur ketika itu bergelut dengan suspek sebelum ditikam menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner (ACP) Mohad Iqbal Ibrahim memaklumkan, pihak polis menerima maklumat kejadian di Seksyen 25, Shah Alam itu pada pukul 5.49 petang semalam oleh jiran setelah diberitahu anak bongsu mangsa yang baru pulang dari sekolah.

"Pada 7.30 petang semalam, satu tangkapan dibuat keatas seorang lelaki, 20 tahun yang merupakan anak sulung kepada simati.

"Turut ditemukan senjata pisau yang digunakan untuk menikam si mati di tempat kejadian," kata Mohad Iqbal.

Majistret Ameera Mastura membenarkan permohonan reman ke atas suspek selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 Ogos bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI