fb fb fb fb fb

Wanita dikaitkan dengan Albert Tei diminta hadir ke SPRM bantu siasatan

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA, 27 November - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta seorang wanita yang dikaitkan dalam sebuah klip video bersama ahli perniagaan Albert Tei untuk hadir ke pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

SPRM menerusi satu kenyataan memaklumkan, kehadiran wanita itu amat penting bagi membantu siasatan kes yang melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

"SPRM kini sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan menetapkan tarikh hadir pada 1 Disember 2025.

"Selain itu, SPRM juga telah menghubungi Albert Tei dan meminta beliau hadir pada tarikh yang sama," menurut kenyataan tersebut.

Suruhanjaya itu menegaskan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE