fb fb fb fb fb

Vesel nelayan ditahan, langgar syarat lesen

Foto Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

KUANTAN, 26 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan kelas C kerana melanggar syarat lesen, pada jarak kira-kira 2.6 batu nautika timur laut perairan Kuala Kuantan, 8.15 pagi semalam.

Vesel bersama empat kru termasuk tekong dipercayai warganegara Myanmar itu, dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh bot peronda Maritim Malaysia semasa rondaan rutin menerusi Op Makmur dan Op Tiris.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, hasil pemeriksaan mendapati, vesel berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

"Kesalahan turut di kesan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu gagal mengemukakan dokumen Pas Lawatan Kerja Sementara.

"Malah, dokumen pengenalan diri yang dikemukakan kesemua kru berumur lingkungan 23 hingga 32 tahun itu juga meragukan," katanya.

Tambah beliau, tindakan telah diambil dengan merampas hasil laut dianggarkan seberat 1.4 tan metrik.

"Manakala bot, peralatan menangkap ikan bersama tekong dan kru telah diiring masuk ke Jeti Pernepa Kuantan Slipway dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut," jelasnya lagi.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI