KUALA LUMPUR, 17 September – Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes ugutan melibatkan penyebaran video lucah menggunakan kecerdasan buatan (AI), yang diterima beberapa ahli politik baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan merangkumi pelbagai sudut termasuk motif politik, kewangan serta kemungkinan serangan siber.
"Kita terima 10 aduan berkaitan isu ugutan siber ini, cuma empat sahaja yang buat laporan.
"Masih lagi dalam kita punya siasatan sebab isu begini kadangkala ada pihak tertentu ingin mengambil kesempatan untuk buat sesuatu ugutan dengan tujuan kewangan dan sebagainya, " katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara, pagi tadi.
Semua kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.