KUALA TERENGGANU, 26 Mac- Seorang tukang rumah dipenjara enam tahun di Mahkamah Tinggi kerana menerima harta tebusan wang tunai bernilai RM50,000 milik sebuah syarikat, lapan tahun lalu.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan selepas tertuduh, Suparman Aman, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 5 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) (Akta 365).
Tertuduh didakwa menerima harta tebusan milik sebuah syarikat dengan mengetahui harta itu adalah harta tebusan.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh ditangkap 15 Mac 2022.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Ghazali Ismail.
Pada 2 Julai 2020, tiga rakan tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan sebatan antara lima dan tujuh kerana menculik seorang wanita dengan meminta tebusan RM400,000.