KUALA TERENGGANU, 27 Februari-Tujuh warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mencuri pelbagai barangan di sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni di perairan Terengganu, 20 Februari lalu.
Kesemua tertuduh berusia antara 25 hingga 45 tahun berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun.
Keseksaan.
Bagaimanapun, pertuduhan ke atas mereka tidak dapat dibacakan kerana kesemua tertuduh tidak memahami Bahasa Melayu.
Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak menetapkan 28 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Maritim Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh sebuah pelantar minyak tidak berpenghuni 20 Februari lalu.
Kesemua suspek ditahan ketika bersembunyi di ruang ventilasi pelantar minyak berkenaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) , Izani Nashtasya Isa.