fb fb fb fb fb

Tujuh lelaki ditahan, disyaki edar syabu bernilai RM1.5 juta

(Sindiket terbabit dipercayai aktif mengedar dadah sejak pertengahan tahun lalu/PDRM)

BUTTERWORTH, 2 Februari- Tujuh lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki mengedar dadah di sekitar kawasan Seberang Perai Utara (SPU).

Hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Pulau Pinang, polis menyerbu dua buah rumah di kawasan Sungai Dua dan Bertam dan berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM1.5 juta.

Bekalan itu dipercayai cukup untuk kegunaan hampir 210,000 penagih dadah atau 210,000 kali penggunaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di IPD SPU.

Selain dadah, polis turut merampas empat buah kenderaan dan wang tunai RM1,000.

Sindiket terbabit dipercayai aktif mengedar dadah sejak pertengahan tahun lalu.

Hasil ujian air kencing mendapati 5 suspek positif dadah jenis methamphetamine dan rekod menunjukkan suspek juga mempunyai rekod jenayah dan dadah sebelum ini.

Suspek direman selama enam hari hingga 3 Februari untuk membantu siasatan.

(Tujuh lelaki ditahan, disyaki edar syabu bernilai RM1.5 juta/PDRM)

Media Baharu