fb fb fb fb fb

67 warga Indonesia ditahan, Penempatan haram lengkap dengan sekolah dibongkar

(Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng bagi siasatan lanjut/JIM)

SEREMBAN, 2 Februari- Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 67 pendatang tanpa izin dari Indonesia dalam satu operasi di sebuah penempatan haram di Nilai Spring, Seremban awal pagi Rabu.

Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkata 31 lelaki dan 36 perempuan, termasuk 36 kanak-kanak serta bayi berumur dua bulan ditahan dalam operasi pukul 1.30 pagi itu.

"Penempatan berkenaan memiliki kemudahan ‘sekolah’ menggunakan silibus pendidikan negara jiran.

"Ia turut dilengkapi beberapa set generator bagi membekalkan kemudahan elektrik," kata Kennith dalam kenyataan media.

Kennith berkata hasil risikan awal mendapati warga asing itu menduduki penempatan berkenaan sejak lebih dua tahun, dan semasa serbuan pihaknya turut menemukan beberapa senjata tajam seperti lembing dan parang.

"Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng bagi siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata antara kesalahan yang dikesan ialah tidak memiliki tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan berkaitan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

(Penempatan berkenaan memiliki kemudahan ‘sekolah’ menggunakan silibus pendidikan negara
jiran/JIM)

Media Baharu