fb fb fb fb fb

Makmal dadah diserbu, dadah bernilai RM6.38 juta dirampas

PUCHONG, 2 Februari- Lebih 123 kilogram (kg) dadah bernilai RM 6.38 juta dirampas menerusi serbuan di sebuah makmal dadah di Seri Kembangan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata seorang lelaki warga tempatan berjaya ditahan dalam serbuan itu.

"Pihak polis telah berjaya merampas tiga kotak di dalamnya mengandungi 47 peket plastik disyaki dadah MDMA iaitu methylenedioxy-methamphetamine. Anggaran berat 70.729 gram, 16 bekas plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah MDMA juga, anggaran berat 52.330 gram ," katanya.


(Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan)

Ujarnya lagi dadah itu dipercayai untuk dipasarkan sekitar Lembah Klang.

Turut dirampas, 18 botol disyaki berisi syabu, pil ektasi, tiga mesin serta peralatan memproses dadah.

Polis turut menyita dua buah kenderaan jenis Toyota Hulux dan Van Penghantaran Jenis Nissan NV 200 bernilai RM170,000 beserta wang tunai RM10,000.

Suspek berusia 44 tahun yang berasal dari Subang memiliki satu rekod kesalahan lampau direman tujuh hari.

Ks disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.









Media Baharu