fb fb fb fb fb

Cubaan PATI sembunyi dalam lumpur elak dikesan pihak berkuasa, kandas.

BATU PAHAT, 2 Februari- Cubaan sembilan lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia memasuki negara secara haram berjaya dipatahkan Maritim Malaysia Zon Maritim Batu Pahat, awal pagi tadi.

Tangkapan dibuat di perairan Sungai Buntu, Batu Pahat.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Mohd Haniff Mohd Yunus berkata operasi dijalankan selepas mendapat aduan orang awam mengenai sebuah bot yang berlegar dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemantauan berjaya menemukan sembilan lelaki berusia antara 35 hingga 67 tahun sedang bersembunyi di kawasan berlumpur,"katanya.

Semua yang ditahan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri untuk memasuki negara.

Mereka dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.


(Sembilan PATI Indonesia yang ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Batu Pahat, awal pagi tadi)

Media Baharu