fb fb fb fb fb

Tindakan tegas menanti pelaku kes buli MRSM- Asyraf Wajdi

Foto Facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

KUALA LUMPUR, 7 April- Siasatan segera akan dijalankan berkaitan kejadian buli yang berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di utara tanah air.

Tegas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar MRSM yang melakukan perbuatan berkenaan.

"Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga MARA, “YOU TOUCH YOU GO!” Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan ‘BULI’ dalam apa jua bentuk di MRSM," katanya.

Asyraf Wajdi berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi lebih seminit yang memaparkan beberapa pelajar memijak belakang badan pelajar lain.

Menerusi video itu, pelajar terbabit turut menggunakan tali pinggang untuk mengikat kaki mangsa.

Bagaimanapun berdasarkan beberapa komen, ada kalangan netizen menyifatkan tindakan itu sebagai gurauan kasar.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM