KUALA LUMPUR, 7 April- Siasatan terperinci akan dijalankan berikutan kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di utara tanah air.
Tegas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi proses siasatan itu, pelajar-pelajar yang terlibat telah digantung dari MRSM bagi mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan.
Tindakan berkenaan juga jelas menunjukkan bahawa MARA tidak berkompromi dalam isu tersebut.
"Kalau didapati bahawa perkara ini memang benar-benar berlaku dan bersalah, kita di peringkat MARA dan MRSM tidak akan sesekali berkompromi dan tindakan tegas akan diambil.
"Saya ingin mengingatkan kepada semua pelajar-pelajar, sama ada di MRSM mahupun di mana-mana institusi pendidikan MARA, saya telah tegaskan beberapa kali prinsip YOU TOUCH YOU GO.
"Kita tidak boleh kompromikan sebarang bentuk buli, sama ada fizikal mahupun mental untuk berlaku di mana-mana institusi pendidikan.
"MARA adalah medan untuk kita melahirkan pemimpin, mana mungkin kita nak melahirkan pemimpin yang dangkal akal budinya dan tercemar adab dan perilaku akhlak. Ingatlah YOU TOUCH YOU GO" katanya.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook.
BERITA BERKAITAN: