fb fb fb fb fb

Tiga suspek miliki senjata api, dadah ditahan polis

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar/Foto Fail

JOHOR BAHRU, 29 Ogos- Tiga individu termasuk dua wanita berusia 18 hingga 42 tahun dipercayai memiliki senjata api dan dadah ditahan polis di Kulai, Johor, 14 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata beberapa peket dadah dijumpai di dalam beg suspek manakala sepucuk pistol, 175 peluru dan lain-lain disembunyikan di dalam kereta.

Suspek lelaki itu disyaki terlibat dalam insiden samun di sebuah klinik swasta di Masai, Johor Bahru, 19 Julai lalu.

"Dalam kejadian itu, suspek telah pergi ke klinik berkenaan dan mengugut supaya wang diserahkan dengan meletakkan sepucuk pistol di situ.

Ketika orang ramai mula berkumpul, suspek melarikan diri sambil melepaskan satu das tembakan. Selain itu, beg yang ditinggalkan di klinik tersebut turut mengandungi bahan yang disyaki dadah," kata Datuk M. Kumar kepada pemberita, hari ini.

Tambah beliau, suspek didapati mempunyai 23 rekod berkaitan jenayah dan dadah manakala tangkapan wanita, masing-masing mempunyai dua dan 17 rekod jenayah serta kes dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 39A (2) dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM