fb fb fb fb fb

Tiga penjenayah mati berbalas tembakan dengan polis di Selayang

Foto Hiasan

GOMBAK, 23 Disember- Tiga penjenayah dipercayai warga asing mati ditembak selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis di Selayang, awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 1 pagi itu difahamkan membabitkan sekumpulan penjenayah terbabit samun dan pecah rumah dengan bersenjata api.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata satu sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 2 petang ini.

“Memandangkan Ketua Polis Selangor akan mengadakan sidang media petang ini, jadi segala maklumat lanjut berkaitan kejadian terbabit akan diberikan oleh beliau,” katanya.
 

ZEHRA BINTI ZAMBRI