fb fb fb fb fb

Suspek kes bunuh di sebuah hotel di Genting Highlands, ditahan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Disember - Seorang lelaki warga asing, 45 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan di sebuah hotel di Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar menerusi satu kenyataan berkata, suspek ditahan di kawasan berdekatan hotel terbabit pada hari sama.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk proses bedah siasat dan siasatan awal mendapati terdapat kesan pergelutan pada tubuh mangsa," katanya.

Keputusan bedah siasat dijangka diperoleh lewat petang ini.

Mangsa berumur 51 tahun itu merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai 23 rekod kes jenayah lampau termasuk dadah.

Zaiham berkata suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

TETITIA YUSOFF