fb fb fb fb fb

Polis Perak buru dua suspek pecah rumah

Foto Fail

IPOH, 23 Disember- Polis sedang mengesan dua suspek susulan kejadian pecah rumah yang berlaku di Taman Mansion, Ipoh pada 12 Disember lalu.

Mangsa, seorang lelaki berumur 28 tahun, mengalami kerugian sebanyak RM1.24 juta.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya sedang giat mengesan kedua-dua suspek tersebut.

Antara barangan yang dicuri termasuk jam tangan mewah pelbagai jenama, barang kemas, telefon bimbit dan komputer riba.

Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Pihak polis menyeru kepada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu untuk berhubung dengan pegawai penyiasat, ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 013-628 2176 atau berhubung Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD IPOH di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM