fb fb fb fb fb

Tidak memiliki pas atau permit sah, JIM Johor tahan 236 warga asing

Op Kutip di pusat hiburan Stulang Laut

JOHOR BAHRU, 4 Jun- Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Johor menahan 236 warga asing, awal pagi tadi kerana tidak memiliki pas atau permit sah selain tinggal lebih masa.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi, Jafri Embok Taha berkata, operasi di pusat hiburan Stulang Laut itu turut memeriksa 196 warga tempatan tangkapan dijalankan menerusi Op Kutip.

"Jabatan ini juga akan memerangi dan tidak akan berkompromi dengan majikan, pemilik premis serta individu-individu yang didapati melindungi dan mengajikan pendatang tanpa izin.

"...dan tindakan selanjutnya kita akan ambil, tindakan kita pada malam ini operasi ini akan berterusan dari masa ke semasa," katanya kepada pemberita di sini.

Kesemua mereka dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) dan seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI