TANGKAK, 4 Jun - Seorang lelaki disyaki mengelar wanita yang dipercayai isterinya hingga mati dalam kejadian di Bukit Gambir, Tangkak kelmarin, telah direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman terhadap suspek, 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Lee Kim Kiat, bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.
Suspek tiba di perkarangan Mahkamah pada pukul 8.25 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Semalam, polis mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib enggan mendedahkan butiran lanjut, berhubung kes itu, manakala kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.