JOHOR BAHRU, 9 Februari - 18 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) di beberapa premis kediaman, di sini kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.
Kesemua yang ditahan berusia 19 hingga 52 tahun.
Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata tindakan diambil susulan maklumat oleh orang awam berkaitan terdapat beberapa warga asing melanggar syarat pas di premis berkenaan.
Beliau berkata, mereka didapati tidak memiliki sebarang permit sah serta tinggal lebih masa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).