fb fb fb fb fb

TDM tahan tujuh PATI ceroboh sempadan Malaysia-Thailand

Foto TDM

BUKIT KAYU HITAM, 10 Februari – Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah, awal pagi semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan memaklumkan penahanan tersebut dilakukan hasil operasi rondaan di kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) pada pukul 2.30 pagi.

"Enam individu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan, manakala seorang lagi ditemui bersembunyi di sebalik pokok berhampiran. Kesemua yang ditahan terdiri daripada enam warga Myanmar dan seorang warga Thailand berusia antara 18 hingga 47 tahun," menurut kenyataan itu.

Turut dirampas dalam operasi itu adalah wang tunai serta lapan telefon bimbit dengan anggaran keseluruhan nilai berjumlah RM4,482.47.

Kesemua PATI telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN