fb fb fb fb fb

TDM tahan PATI cuba seberang Sungai Golok

Foto RTM

SUNGAI GOLOK, 24 Disember-Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan dua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi rondaan di Sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd), Sungai Golok, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia, pada pukul 10.15 malam, tiga lelaki dikesan cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke arah sebelah Thailand ketika operasi rondaan dilakukan.

Dua berjaya ditangkap, bagaimanapun seorang lagi berjaya melarikan diri.

Suspek mendakwa ingin pulang ke India bersama lelaki terbabit dipercayai sebagai ejen yang mengatur perjalanan mereka.
 
Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut memiliki pasport antarabangsa Negara India yang masih sah sehingga tahun 2028 dan telah memasuki negara ini pada tahun 2022 melalui pintu masuk yang sah dengan menggunakan visa pelancong.
 
Turut ditemui beberapa telefon bimbit serta jam tangan pelbagai jenama, beberapa keping matawang India dan Malaysia dengan jumlah keseluruhan nilai barang rampasan RM4,700
 
Kedua-dua suspek diserah kepada IPD Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya.
 
Pasukan TDM akan terus memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan serta sentiasa komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD