KUALA TERENGGANU, 18 Mei - Pasukan Tugas Khas dari Balai Polis Kuala Terengganu berjaya menyelesaikan dua kes samun ragut, satu kes cubaan samun ragut dan satu kes kecurian motorsikal yang berlaku di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata, ia susulan penangkapan seorang suspek berumur 29 tahun, Jumaat lalu.
"Pada 7 Mei lalu Kira- kira 10 pagi mangsa seorang suri rumah berumur 57 tahun telah diragut dan mengalami kerugian seribu 500 ringgit. bertindak atas maklumat berkenaan Pasukan Tugas Tugas khas melakukan risikan dan pemeriksaan sehingga berjaya mengesan suspek bersama sebuah motorsikal di tepi Jalan Masjid Zainal Abidin Kuala Terengganu," katanya.
Pemeriksaan lanjut berjaya menjumpai sebuah telefon bimbit serta kad prabayar.
Motorsikal Jenis Yahama yang digunakan suspek turut didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Semakan turut mendapati nombor casis motorsikal tersebut berkait dengan kes kecuarian sebelum ini.
Suspek kemudian dibawa ke kediamannya di Flat Sri Kolam dan berjaya menemukan beberapa barangan hasil kegiatan samun.
Suspek yang juga mempunyai tujuh kes lampau berkaitan dadah dan positif morphine akan direman hari ini.