fb fb fb fb fb

Operasi banteras pendatang asing diteruskan walaupun PRM 2.0 dilanjut

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Operasi penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin akan diteruskan walaupun Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) dilanjutkan bermula Isnin ini hingga 30 April tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen Jafri Embok Taha berkata PRM 2.0 beri peluang kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah untuk pulang secara sukarela ke negara asal mereka.

“Dengan adanya program ini, kita berharap pendatang tanpa izin akan mengambil peluang untuk pulang secara sukarela tetapi pada masa yang sama, operasi penguatkuasaan akan diteruskan seperti biasa walaupun PRM sedang berjalan,” katanya pada sidang media selepas menyertai Op Kutip di ibu negara hari ini.

Katanya lagi operasi penguatkuasaan penting bagi mengurangkan jumlah pendatang tanpa izin, sekali gus menangani isu yang timbul akibat kebanjiran mereka.

Setakat 15 Mei lepas , 5,090 operasi dijalankan di seluruh negara melibatkan pemeriksaan terhadap 67,574 individu.

Daripada jumlah itu, 1,886 adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) .

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN