fb fb fb fb fb

Suspek curi motosikal ditahan, heroin lebih setengah kilogram ditemukan

Kes kecurian motosikal di Taman Sri Jaya, Chamek, Paloh

KLUANG, 1 Disember - Seorang lelaki ditahan di Kampung GSA, Chamek, Paloh, di sini dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal di Taman Sri Jaya, Chamek, Paloh, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah, ACP Bahrin Mohd Noh mengesahkan, menerima satu laporan berkaitan kejadian itu.

Hasil serbuan, sebuah motosikal, satu paket dadah heroin anggaran kasar 0.57 kilogram dirampas dalam operasi itu.

Semakan rekod mendapati, suspek 26 tahun,mempunyai empat rekod jenayah dan lima rekod narkotik.

Saringan ujian air kencing menunjukkan suspek positif methamphetamine dan direman selama empat hari sehingga 3 Disember di Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(A)Akta Dadah Berbahaya 1952.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN