JOHOR, 2 Mei - Dua suspek yang cuba melakukan jenayah samun ke atas seorang wanita, berjaya diberkas polis, semalam.
Menurut kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Seri Alam, ACP Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya mengesan kedua-dua suspek menerusi satu video tular yang dipercayai berlaku pada 30 April lalu.
Kedua-dua suspek berusia antara 23 hingga 35 tahun ditahan bersama sebuah motosikal, telefon dan set pakaian.
Suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine.
Kes kini disiasat mengikut seksyen 393 kanun keseksaan dan seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.