KUALA LUMPUR, 26 November- Seorang lelaki yang disyaki membunuh ibunya sebelum menyimpan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku didakwa hari ini.
Pertuduhan dibuat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Suspek yang memakai baju putih berjalan secara perlahan diiringi sepasukan polis tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kira-kira 9.25 pagi.
Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan dilaksanakan setelah tempoh reman terhadap suspek berusia 53 tahun itu tamat.
Pada 12 November lalu, perbuatan suspek terbongkar selepas kediamannya diperiksa pasukan polis yang menerima panggilan daripada suspek kira-kira 9.00 pagi.
Suspek dipercayai membunuh wanita berusia 80-an itu pada 2021 di sebuah rumah di Taman OUG Kuala Lumpur.
Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada bahagian dada akibat hentakan objek tumpul dan dikenal pasti sebagai punca kematian.
BERITA BERKAITAN:
Bunuh ibu: Kesan cedera pada dada mangsa, akibat objek tumpul