fb fb fb fb fb

Polis kesan warga asing larikan diri di Melaka

Wajah suspek lelaki warga asing yang melarikan diri ketika dibawa ke Mahkamah Alor Gajah, Melaka

ALOR GAJAH, 25 November- Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki warga asing yang melarikan diri ketika dibawa ke Mahkamah Alor Gajah, Melaka pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah, dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu suspek meloloskan diri ke kawasan semak berhampiran dalam keadaan tangan bergari.

Suspek memakai kemeja-T berwarna biru muda dan berseluar panjang berwarna putih. 

Berdasarkan laporan, suspek dibawa ke Mahkamah oleh Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk sebutan semula kes bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketika kejadian, suspek sedang dibawa ke kenderaan sebelum tiba-tiba menolak pegawai pengiring kastam dan melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah.

Suspek kemudian lari ke arah kawasan semak berhampiran.

Susulan kejadian, pihak polis melancarkan Op Tutup dan Ops Kesan untuk mengesan suspek.

Usaha mengesan suspek turut dibantu Unit Anjing Pengesan K9.

Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat suspek diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah atau balai polis berhampiran.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI